Saturday 19 February 2011

JHEPA UMP MENGGANAS, TETAPI SIAPAKAH TARGET UTAMA

DIAMBIL DARI BLOG THE THINK TANKER & KERATAN AKHBAR VARSITI KHAMIS 17 FEBRUARI 2011


"Terdapat segelintir staff yang telah mempertikaikan Jentera di peringkat mahasiswa atas asbab" keraguan bakal berlaku 'conflict of interest' ataupun 'bias' kepada sesetengah calon MPM yang menjadi ‘favourite’ ( untuk pengetahuan, di UMP tidak mempunyai Pro Aspirasi ataupun Pro Mahasiswa. Jentera diperingkat mahasiswa adalah untuk semua calon yang bertanding ). Persoalannya mereka di pihak staff tidak benar2 memahami suasana politik kampus di UMP yang selama ini dibantu secara teknikalnya oleh jentera di peringkat mahasiswa yang bukan sahaja membantu kelicinan PRK malah memudahkan semua calon untuk berkempen sepanjang PRK UMP. Hanya mereka yang pernah menjadi calon MPP sepanjang zaman sahaja yang berhak untuk menyatakan atau meragui kredibiliti jentera di peringkat mahasiswa sekiranya pandangan staff itu benar. Sedangkan selama 7 tahun ini kerjasama diantara Jentera diperingkat Mahasiswa telah merangka dan membantu sedaya upaya gerak kerja Pilihanaraya kampus MPM. Soal jentera mahasiswa akan cenderung kepada pembangkang dan sebagainya,saya berasa ia adalah tuduhan amat dangkal dan tidak mempunyai asas yang kuat.Janganlah menuduh mahasiswa sebegitu rupa.Alahai penjawat awam UMP~
RESPON UL
Aku mengambil satu tindakan untuk mengorek rahsia disebalik semua hal ini, namun aku bukanlah seorang yang sehebat Julian Assange wikileaks..spy microphone and video pen aku pun x cukup nk kaver semua...kepada sesiapa yang mahu mengambil cakna..silalah ke laman berikut:
http://en.wikipedia.org/wiki/WikiLeaks


masalah antara pihak HEP dan mahasiswa kekal berterusan sejak zaman kepedulian mahasiswa satu ketika dahulu kerana HEP merupakan pemacu utama dalam perihal mahasiswa dan staff yang berada dalam HEP memerlukan mereka yang berpengalaman.Aku terus berbangga dengan UMP walaupun bukan pilihan utama aku kerana UMP istimewa dengan mahasiswa yang tidak berpecah seperti universiti lain dengan Pro M dan Pro A.


Kelihatan mahasiswa kini kian sedar bahawa muncul pihak ketiga yang pemula kepada pemecahan mahasiswa. Persoalan ialah kenapa mahasiswa tidak bersatu dan suarakan dari sudut mahasiswa bukan pada parti politik dibelakangnya.


Permasalah di UMP kini ialah berdasarkan pemahaman, kesesuaian di UMP memerlukan satu jentera di peringkat mahasiswa, dan baharu sahaja diteluskan oleh kenyataan di FB aedlan ahmad bahawa objektif jentera ialah:



PERANAN "JENTERA" MAHASISWA A.K.A JAW PELAKSANA PEMILIHAN (MAHASISWA) "YANG TELAH DIBUBARKAN"
OBJEKTIF:1.MMASTIKAN TIADA WUJUD CLAIN PRO A / PRO B / PRO C..ATAS KAPABILITI MASING-MASING2.MENGELAK MENANG TANPA BERTANDING3.MEMBANTU SEMUA CALON YANG INGIN BERTANDING4.BERUSAHA UNTUK PERATUSAN TURUN MENGUNDI TINGGI5.CHECK AND BALANCE KEPADA PEMILIHAN DI UNIVERSITI.



dan aku memandang fungsi dan peranan jentera yang tidak diiktiraf HEP UMP ini merupakan satu jalan untuk HEP UMP membenarkan satu ketumbukan PRO A & PRO M ke dalam UMP dan seterusnya bakal memecahbelahkan mahasiswa lalu mahasiswa sibuk dengan pemecahbelahan dan akhirnya HEP mentertawakan mahasiswa dan duduk bersenang lenang kerana tiada isu diperjuangkan!!!!!!


ini merupakan andaian yang bakal terjadi....dan aku kasihan melihat jentera mahasiswa yang mengorbankan masa sampai ke pagi demi memastikan calon kekal ada untuk pertandingan nanti...hanya mampu melihat dari luar cermin pejabat MPP...hebat MPP UMP ada pejabat sebegitu..satu aset kebanggaan mahasiswa...


satu dunia baru bagi aku kerana situasi dan gerakan MPP di UMP sangat berbeza....jelas kemahasiswaan peduli yang diperkenalkan oleh Suffi Kamari itu memang wujud di bumi UMP....dan MPPUMP yang aku kenali selama ini bukanlah seperti MPP di universiti lain yang menggilakan publisiti & kemudahan kebanyakannnya...penat untuk berkerja dengan golongan sebegini...tetapi tidak disini selama hampir satu tahun disini...dan selama ini YDP MPP yang aku lalui hanyalah Sdr Aedlan Ahmad...seorang yang berfikiran jauh dan rendah diri...pelbagai mehnah dan tribulasi dihadapinya tanpa pengetahuan mahasiswa...aku tahu kerana aku bekas MPP.


JUGA...sebelum ini hanya seorang staff HEP dan MPP 0809 sahaja yang tahu keseluruhan selok belok pemilihan MPP.Malangnya, staff tersebut telah dipindahkan ke PBMSK dan maaf kerana aku tidak ingat dan mengenali beliau...Jadi, kali ini mereka yang tiada pengalaman telah menidakkan jentera mahasiswa.Malah, gerak kerja perlaksanaan yang lambat telah menyukarkan calon untuk melakukan persediaan hasil dari respon calon dan jentera.


Persoalan yang sama aku utarakan dengan mahasiswa lain ialah:


"KENAPA TIDAK BERSIAP SIAGA APABILA SEDAR BAHAWA MPP BAKAL TURUN PADA 28HB JANUARI 2011 DARI SUDUT PERSIAPAN FIZIKAL & TEKNIKAL???"


"KELULUSAN LPU HANYALAH UNTUK PERLEMBAGAAN PEMILIHAN MPP SAHAJA, DAN GERAK PERMULAAN ADALAH DARI JHEPA UMP.TIDAK PERLU UNTUK PERSIAPAN MENUGGU DARI LPU"


Jelas gerak kerja dan kualiti di HEP adalah perlahan dan memerlukan satu penilaian oleh mahasiswa. Berharap our Vice Canselor berhati-hati dengan HEP anda kerana bakal menyebabkan mahasiswa memberontak hasil dari kesabaran mahasiswa selama ini.


Kajian dan menyelongkar fail2 yang tidak sepatutnya milik aku...aku terjumpa satu surat oleh HEP yang meminta mengenakan tindakan terhadap SUFFI KAMARI!!!


Surat tersebut dikeluarkan oleh seorang staff bernama FAISAL BIN YASSIN






Aku kurang mengenali beliau dan mendapat tahu bahawa beliau telah banyak menyukarkan mahasiswa, atau bagi aku..selalunya, mereka ini bergerak sendiri atau dengan motif...dan mungkin juga ada orang atasan yang mencuci tangan atas kesalahan yang dilakukan melalui staff beliau...antara nama yang mungkin boleh dilihat dan disiasat ialah 
ABDUL SHUKUR BIN ISHAK.(GAMBAR TIDAK DITEMUI).


Antara masalah yang dibawa ialah AGM mahasiswa dilaksanakan sebelum PRK MPP UMP..dan begi mereka bukanlah satu kesukaran dan kesalahan, namun mereka tidak bertanyakan kekangan dari pihak mahasiswa & MPP.


Jesteru HEP perlulah lebih berhati-hati dan memberikan & mendapatkan pandangan mahasiswa berkaitan sesuatu keputusan yang melibatkan mahasiswa...MAHASISWA tidak meminta apa-apa, hanya satu ruang untuk berbicara diberikan dan respon yang bernas dapat dihamparkan.

Namun pada Pemilihan Kali INi di UMP...aku memuji kerana tiada sebarng kekangan untuk mahasiswa bertanding, termasuklah keputusan peperiksaan, tiada sebarang kuota, pelajar antarabangsa dan pelajar master juga boleh bertanding...kerana sebelum ini terdapat pelbagai karenah.


Namun, dikala sibuk untuk pemilihan MPP..sibuk juga TEST 1 dan pelbagai aktiviti wajib untuk mahasiswa sertai termasuklah soft skill....dilaksanakan di hujung minggu...menyokong usaha calon umum fazli untuk memastikan hujung minggu sebagai hari aktiviti mahasiswa....kesannya, mempengaruhi sambutan kempen MPP!!!!!!!!!..alahai UMP~


berharap pemilihan di UMP telus dan e voting masih valid di UMP buat masa kini dan sampai bila-bila...tetapi siapakah yang memastikan e voting di UMP telus????PERSOALAN UTAMA..
siapakah wakil mahasiswa yang bakal memastikan ketelusan di UMP???


"SEKALI LAGI UL MEMOHON MAAF DAN MEMOHON LEBIH MAKLUMAT UNTUK DISUARAKAN OLEH MEREKA YANG KURANG YAKIN UNTUK BERSUARA SUPAYA DIFIKIRKAN BERSAMA"


"We are nonviolent with people who are nonviolent with us."
 BY : MALCOM X

2 comments:

  1. what a shame for creating such a blog that want to support there own allies and afraid of others. careful with ur draft before it expose.

    ReplyDelete